Thursday, 19 October 2017

Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barokah. harini terdetik nak tulis entry 'kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat' sebab aku sendiri tertanya-tanya apa benefit/kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat/khamis malam jumaat.

al-fatihah buat kedua sahabat aku iaitu classmate kami intake july 2014 diploma sains perubatan semasa kami semua sedang bergembira menunggu hari konvokesyen akan berlangsung tak lama lagi pada november 2017 nanti meninggal dunia. allahu.... ๐Ÿ˜ข bukan seorang malah dua orang sekali gus dalam masa hampir sebulan. yang pertama kami kehilangan arwah araa/ nur aina nadhirah merupakan housemate, group practical aku semasa di FRIM dulu yang meninggal pada 21 september 2017 di kediaman beliau di terengganu. belum sempat pulih dari kehilangan arwah araa, sekali lagi malam tadi 19/10/2017 kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sahabat kami iaitu ijam/mamat/ nama penuhnya muhamad nur izammudin kerana kemalangan jalan raya. kedua-dua meninggal pada hari khamis hampir memasuki waktu maghrib.

sedang tadi berbalas chat di facebook mengenai keseronoka konvo dengan ustazah yang pernah masuk dan mengajar kami perubatan islam dalam subjek alternative traditional medicine. aku berkata sedih la sebab tak dapat konvo sekali dengan semua kawan-kawan, dalam masa tak sampai sebulan 2 orang sekaligus meninggal. uztazah aku balas bahawa yang dia faham tapi nak buat macam mana kullu nafsin zaiqotul maut. doakan lah yang terbaik, kata ustazah aku dia bersyukur keduanya meninggal sama-sama masih bergelar pelajar dan dapat hari jumaat yang berkah. moga ada pertemuan yang lebih baik dengan mereka yang telah pergi ni di syurga milik Allah amin ya rabb dan kita pun bakal menyusul mereka kata ustazah aku lagi.

persoalan ni timbul bila aku sendiri tertanya-tanya apa kelebihan orang yang meninggal pada khamis malam jumaat dan hari jumaat. ustazah aku jawab masuk waktu asar dan sebelum maghrib itu dikira hari berikutnya bermakna arwah araa dan ijam meninggal pada hari jumaat. ooooo yang ni baru aku tahu selama ni aku tahu tepat je 12.00am dikira hari berikutnya hahaha. 

kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat :

 Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุงุชูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุฃูˆ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ูˆูู‚ููŠูŽ ููุชู’ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‚ูŽุจู’ุฑู
Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kuburโ€. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]
ni salah satu ape yang ustazah aku cakap. selebihnya kalau kau google dan banyak cari maklumat ada banyak lagi kelebihan cuma aku tak berani nak kongsikan kat sini takut tak sahih. bukan semua orang dapat meninggal pada hari yang baik ni dan jika yang meninggal tu masih pelajar is dikira syahid, tapi itu semua bergantung pada amalan mereka masing-masing. pada ustazah aku mereka ni mesti ada amalan hebat semasa mereka hidup sehinggakan dipilih meninggal di hari barakah kata ustazah aku.

hmmm.... kita yang masih hidup ni berdoalah banyak-banyak semoga meninggal didalam keadaan yang baik, hari yang baik. salam solat jumaat buat kaum adam dan assalamualaikum.

Monday, 9 October 2017

Perempuan VS Makanan

hmm... perempuan vs makanan?

secara semulajadinya kehidupan kita sebagai manusia dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. manusia memerlukan makanan untuk meneruskan hidup kerana makanan berfungsi sebagai sumber tenaga. selain dari itu makanan juga diperlukan untuk memenuhi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

haa itu baru bab manusia dan makanan.....

tapi lain pula dengan orang perempuan dan makanan ni. kenapa lain? entah la aku sendiri takde jawapan specific untuk soalan tu HAHAHA. tapi aku sebagai seorang perempuan aku rasa makanan ni mempengaruhi emosi seseorang tau. aku berani cakap macam ni sebab benda ni jadi dekat diri aku sendiri.

contohnya :

1. kadang2 rasa nak menyinga dekat org lain je bila lapar, serba serbi tak kena
2. tak boleh fokus bila nak buat sesuatu kerja rasa pening, tangan berpeluh sbb lapar
3. bila teringin nak makan sesuatu tapi tak dapat, rasa sedih, takde mood dan mcm2 emosi lg muncul
4. sanggup korban kan masa beratur lama2 semata nak dapatkan makanan yg kita teringin tu
5. jangan minta org lain faham diri kau kalau kau sendiri tak faham ape yang kau nak hahaha. kdg2 kau takde mood tapi tak tahu ape punca. tapi bila dapat je makanan terus ceria semacam. haa nombor 5 ni selalu jadi dekat aku lepas tu sendiri akan keluar dialog ni "ohh tadi aku lapar rupanya" hahaha
6. tak habis2 komplen badan gemuk (yang ni bukan aku) haha

dan kebanyakan perempuan yang aku kenal mmg ada ciri2 macam kat atas tu ๐Ÿ˜‚ bagi aku perempuan ni unik. mood boleh berubah ubah tak kira masa. beruntung kaum adam yang dapat jaga perempuan perangai macam kitaorang ni ๐Ÿ˜œ. adios โœ‹

teringin nak makan kek tp oder sampai dua. sebab taknak rasa 1 perisa je
nampak tak TAMAK disitu? huhu
#letsberisi
#hidupuntukmakan
second time oder 3 kek terus. sebab apa? sebab lain2 perisa hahaha
#letsberisi
#hidupuntumakan
woman vs food
#letsberisi
#hidupuntukmakan
ok baiii

Thursday, 5 October 2017

ROSE MERAH

hi hampa selamat petang, masak ape tu untuk minum petang?... hehe

perasan tak instagram, bio facebook, wechat iols nama rose merah? kenapa rose merah? kenapa bukan rose putih, rose pink, rose kuning ke??? hahaha ok cerita dia bermula dari sini, aku seorang peminat tegar bunga rose. haaa kenapa bunga rose? kenapa bukan bunga matahari ke? eh banyak pulak kau punye kenapa hehe maaf maaf ๐Ÿ‘ฟ.

aku peminat tegar bunga rose sebab dia ada keunikan yang tersendiri. dah la wangi, cantik tapi bukan senang nak petik sebab dia ada perisai diri sendiri iaitu duri. kena pandai takel, silap petik dan tak kena dengan cara kau akan lukakan jari kau sendiri haa gittew

dan.....

kenapa merah? kenapa bukan pink? eh kenapa lg??? ok maaf maaf i janji takde kenapa lagi dah lepas ni her her her. entah la aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu ๐Ÿ˜‚ bagi aku warna merah ni seksi tau. asal aku nampak kereta warna merah lalu je mesti akan terjerit "waaaa seksinya baby red tu" contohnya kerete audi atau volkswagen, boleh imagine tak betapa seksinya warna merah kete tu? merah diorang pehh mengancam lain dari yang lain taw.

walaupun aku peminat tegar bunga rose, warna merah tak bermakna aku jadikan diorang sebagai 'best friend forever' tengok lah baju pun warna warni, boleh kira pakai jari berapa banyak baju warna merah aku hahaha ada la dalam 3 ke 4 helai.

minat tak semestinya memiliki... eh kesitu pulak

nah bawah ni aku belanje gambar gambar warna merah yang aku culik dari gugel. sayonaraaaa

mengancamkan?
hehe ๐Ÿ’–

Saturday, 30 September 2017

PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N PART 3

BARANG YANG DIBAWA :

1. baju - pakaian dalam, tuala, tudung pe sume tu macam biasa la. bawa ikut keperluan.
2. bagpack - kat sana sgt la tak sesuai kau nak bawa beg roda bagai sebabnya akan menyusahkan pergerakan korang bila naik bot nanti. cth : bila sampai jeti dkt tebing jeti tu berduyun 3 bot, alamatnya kau kena la pindah langkah masuk bot sampai ke jeti.
3. waterproof bag (terpulang), waterproof cover fon - penting beb! rugi la snorkeling kalau takde gambar kenangan hehe.
4. barang2 mandi -  sabun, shampoo, berus gigi jangan lupa bawa. setengah tempat ada sediakan tp kalau kau jenis selesa pakai sendiri punya (macam aku haha) better bawa dari rumah siap2.
5. plastik - untuk simpan baju basah/baju kotor.
6. makanan - megi cup, air mineral, keropok, roti, biskut kering. ohh yaa takpayah susah2 bawa makanan ikan sbb ikan kat sana tak kenal pun makanan diorang huhu sedih jd kau ikan.


BAJET $$$ :

total bajet = RM450

1. tiket bas TBS-KL BESUT-TBS = RM90
2. pakej pulau perhentian (termasuk bot transfer, penginapan, snorkeling)/person = RM250
3. bot ke long beach utk hiking ke wind mill = RM20
4. bot ke long beach nak tengok fireshow = RM10 (sbb hujan dan fireshow dibatalkan)
5. teksi JETI KL BESUT - STESEN BAS = RM10 tapi bahagi 2 so jatuh RM5 sorng
6. moto beraga STESEN BAS - JETI KL BESUT = RM3

     baki = RM72

selebihnya baki tu habis dekat makan, keropok lekor, ole2.


PAKEJ :

aku amik pakej dari PERHENTIAN BADAR. pakej ni aku jumpe dekat facebook.
no tel : 012-6331839 cik akim. servis mmg tiptop laaa.... harga boleh kawtim lagi hehehe

Thursday, 28 September 2017

Elektrik Dalam Badan

Image result for atom elektrik dalam badan

Pernah tak anda mengalami keadaan seperti terkena renjatan elektrik ketika memegang besi (troli di supermarket), bersentuh tangan dengan rakan di sebelah yang memakai cincin atau tidak, memegang tombol pintu  dan pelbagai lagi keadaan yang lain? Aku pernah. Tapi tak la kerap  sangat, sekali sekala. Jadi, tertanya-tanya jugak apa sebabnya. Keadaan ini adalah perkara biasa atau pun tidak. Lepas baca artikel mengenal hal ni, baru aku faham kenapa renjatan elektrik berlaku. Kat bawah ni adalah penerangan mengenai hal ini.

Menurut Dr. Azmi Alias, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila ransangan diberikan.  

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, kalium (potassium, K) dan natrium (sodium, Na) misalnya membawa cas positif dan klorida (chloride, Cl) membawa cas negatif. Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku ransangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik. Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri. 

Seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk. Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan. Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas.

 Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. Kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh bdan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik seperti sindrom carpal tunnel, sakit tulang belakang cakera prolaps, trigeminal neuralgia dan penyakit sawan. 

Patutlah masa aku dalam tempat yang sejuk macam kat supermarket, pejabat or shopping complex, rasa macam kena renjtan elektrik. Dah sejuk gila, mesti la gosok tapak tangan kan, kononnya nak bagi haba pada tangan. Mujur gosok-gosok, tak keluar api, hehehe... Kadang-kadang aku lapik dengan lengan baju bila nak pegang troli bila kat supermarket. So, korang lepas ni ambil precautions sebelum sentuh apa-apa, gunakan penebat elektrik, huhuhu. 

Wednesday, 27 September 2017

PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N PART 2

SHORT STORY


hari pertama sampai di stesen bas kuala besut boleh jalan kaki ke jeti kuala besut dalam 10 minit jerr. masa kitaorg tu disapa oleh seorng pakcik OKU moto yang ada raga besar kat tepi tu. murah cuma rm3 seorang. jakun jugak la 1st time kan naik moto tu siap duduk dalam raga lg hehehe. pakcik tu tak terus hantar kitaorng kat jeti dia turunkan kitaorg kat gerai berdekatan jeti utk sarapan pagi lagipun bot kitaorng lambat lg.

untuk hiking ke wind mill/kincir angin kalau boleh pakai selipar jepun/kasut sport/kasut croc ke dan pakaian sukan sebolehnya pakai seluar la bukan dress. jangan jadi mcm aku hiking pakai seliper wedges 3 inci siap pakai dress lg HAHAHA. act aku tak tahu pun nak ke kincir angin tu kena hiking, ingatkan naik ikut tangga. guide yang bawa kitaorng ke wind mill tu ckp tangga mmg ada tp ada sikit kerosakan so utk keselamatan digalakkan le hiking. perjalanan lebih kurang 30 min utk sampai ke puncak. fuhh letih jangan cakap la sayang oii!!! mmg letih wei tp berbaloi sbb sampai je puncak terus x ingat letih. view jangan cakap la mmg aku terpegun, cantik sgt ciptaan allah.

gerai makan kt kg nelayan harga agak murah kalau nak dibandingkan dgn long beach. long beach harga dia dua kali ganda taww. kat kg nelayan tu ada gerai beger, gerai potato spring, ada gerai2 masakan panas pun ada mmg banyak pilihan. kalau siang hari lepas je mandi laut aku g beli satay ikan, duduk sana ketagih satay ikan je haha. taktipu mmg sedap dgn sos cili manisnye tak mcm kat kl. harga 30sen 1 cucuk, ok la isi pun padat. dua hari berturut aku beli rm5 satay ikan, nampak x ketagih mcm mana? lunch lps snorkeling aku makan roti canai pisang, sedap tak terkata harga murah cuma RM4 j taww sampai skrng duk terbayang lg hehe.

okei hari kedua yang dinantikan telah pun tiba iaitu snorkeliiiing... kat sini aku agak beruntung sbb dapat abg bot yang baik hati, membantu, ajar berenang, tak berkira dgn masa. aku langsung tak pandai berenang hokeyy tp disebabkan bantuan dia tlg tarik aku, aku dpt tgk shark, nemo, coral cantik2. terima kasih maliki, saya akan kenang segala kebaikan awak dan terima kasih sbb tunjuk gerai makan yg best2 hehe. trip snorkeling ni agak seronok sbb awalnya aku cuma pegi berdua je dgn azira tp bila balik boleh dapat ramai kawan baru lebih kurang dlm 12 org haha. kak ina and the geng, zarifah and the geng, abg asyraf dan member korng mmg da best! riuh bot sepanjang snorkeling haha kitaorng ni selagi tak panggil naik bot mmg lupa diri la leka berendam je dlm laut.

ohh tidaaak ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ hari yang langsung tak dinantikan telah pun tiba bila kami terpaksa balik dan tinggalkan pulau perhentian. sepanjang naik bot aku tak henti2 pandang jeti sampai la jeti kg nelayan hilang dr penglihatan aku. sampai je jeti kl besut, kami berdua beli ole2 keychain, magnet fridge. kemudian sesudah beli aku dan azira terus amik teksi utk ke stesen bas kl besut. kami amik teksi sbb nak cpt sampai, bas yang dijangka akan bertolak jam 1.30 tgh hari tinggal lg 30 minit je nasib sempat beli tiket sblm bas bergerak. sementara tunggu bas bergerak aku jalan di gerai kawasan stesen bas utk beli keropok lekor nak bagi mak hehe. masa balik pun kami dpt kawan baru lg, nama mmg tak ingat hehehe maaf kak sbb tak ingat nama. orgnya humble dan cantik, geng balik dr perhentian rupanya cuma bkn satu trip dgn kami.

so utk short story perhentian ini saje lah yg mampu aku kongsi kan... next entry aku akan kongsikan barang yang aku bawa dan juga bajet. sayonara ๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹

subhanallah. indahkan ciptaan tuhan?

itu la maliki abg bot kami. terima kasih wak :)

sorry gambar tak brp nak jelas. nampak x nemo? hehe
kak ina and the geng from kedah. weols pnggl diorng geng kedah haha
lelaki sebelah aku tu abg asyraf dan kawannye
maaf tak ingat ape nama akak ni. trip perhentian jugak, kenal ats bas hehe
ni la kg nelayan. cantikkan? bye perhentian ๐Ÿ˜ญ

PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N

firstly assalamualaikum. sebenarnya aku dah karang entry ni pagi buta semalam around 4 pagi. macam tak kena masa jek aku tulis entry waktu tu hehe orang lain syoq tido aku masih terjaga. niat rajin aku tulis entry ni sebab aku tak boleh moved on dengan pulau perhentian walaupun dah hampir 2 bulan balik dari sana dan aku nak share sikit pengalaman aku sepanjang dekat perhentian utk rujukan korang semua yang tengah membaca entry ni.

okay berbalik pada tujuan utama. aku pegi perhentian 3 hari 2 malam pada 7/8/17 - 9/8/17, pegi by pakej yang aku jumpe kat fb dan pegi berdua jek dengan membe aku mek zigha. jangan lupa baca sampai habis taw sbb aku akan sertakan sekali itinerary, penerangan ringkas, barang yang aku bawa dan bajet $$$ sepanjang aku kt perhentian.

ITINERARY PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N :

6/8/17 AHAD

10.00 pm = TBS - KUALA BESUT (bas sani express)

7/8/17 ISNIN

05.30 am = sampai di stesen bas kuala besut
06.00 am = breakfast kat warung sekitar jeti
08.00 am = standby di jeti kuala besut
08.30 am = bertolak ke kg. nelayan (aku tinggal kat chalet kiara place)
09.15 am = check in (bilik kosong so boleh le check in awal)
                  ***free and easy*** kitaorang mandi pastu qada tido haha
03.00 pm = standby di jeti kg. nelayan naik bot ke long beach sbb nak hiking ke wind mill
06.00 pm = naik bot balik ke kg. nelayan.
09.30 pm = jalan jalan cari makan kt gerai kg. nelayan

8/8/17 SELASA

10.00 am = standby di jeti kg. nelayan (nak g snorkeling huraaaay!)
10.30 am = destinasi pertama patai tiga ruang (water confident level, kalau takut jgn risau sbb abg bot akan bantu korng)
                = turtle point
                = shark point
                = coral garden
02.10 pm = sampai di kg. nelayan, rehat***free and easy***
03.30 pm = sambung snorkeling pantai pasir hancing (sbb light house air tgh deras)
                = romantic beach (last point)
06.00 pm = sampai di kg. nelayan ***free and easy*** (ikut suka la nak balik bilik mandi ke ape ke, aku lepak kt kedai mkn sambil kunyah satay ikan hehe)
09.00 pm = standby di jeti kg. nelayan (nak g long beach tgk fire show, sampai sana fire show takde sbb angin terlalu kuat dan hujan renyai2)

9/8/17 RABU
hari yang tak dinantikan terpaksa jugak balik ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

11.00 am = check out
12.00 pm = bertolak balik jeti kuala besut
01.30 pm = KUALA BESUT - TBS (bas perdana express)
11.30 pm = Sampai di TBS

bersambung next entry......... so perhentian here i comeeeeeeee โœˆโœˆโœˆ

tudung purple tu la mek zigha
tiket TBS-KL BESUT RM45 jee. p/s abaikan ejaan nama kitaorng yg salah tu HaHaHa

Resepi Kerabu Megi

hi harini aku nak share dekat korang cara mudah masak kerabu megi. dua minggu lepas aku teringin nak makan kerabu megi tp memandangkan kat kawasan rumah aku tak jumpa org yang jual maka terhasil lah home made kerabu megi by chef shipa wahh gittew!!! mudah je nak buat kerabu megi ni sebenarnya dan tak memerlukan modal yang besar pun.

bahan - bahan :

1. megi siam brand serda (aku beli kat thailand)
2. limau nipis     - 2 biji (ikut tekakak korang, nak masam tambah limau lg)
3. tomato besar - sebiji pun dah cukup
4. sayur sawi      - (optional)
5. udang            - 3 ekor (optional)
4. sotong           - 2 ekor (optional)
5. fish ball         - tak ingat letak brp ketul hahaha
6. kicap sotong  - (optional)

bahan-bahan dkt atas ni yg mana kena potong tolong potong siap2 ye.

cara - cara :

1. rebus udang,fishball,sotong sampai masak. sayur sawi celur sekejap je sebelum matikan api. kemudian tos kan semua bahan ni. (bahan A)
2. rebus megi. kalau da lembut tutup api dan tos kan. tuang je semua perencah megi dlm mangkuk
3. perah limau nipis dalam mangkuk
4. masukkan semua bahan A dlm mangkuk yg dah ada perencah megi, masukkan megi, tomato dan tuang sikit je kicap sotong kemudian gaul semua bahan2 ni.

and tadaaaaa.... dah siap!

hehehe mudahkan? selamat mencuba ๐Ÿ˜‰