SHORT STORY
hari pertama sampai di stesen bas kuala besut boleh jalan kaki ke jeti kuala besut dalam 10 minit jerr. masa kitaorg tu disapa oleh seorng pakcik OKU moto yang ada raga besar kat tepi tu. murah cuma rm3 seorang. jakun jugak la 1st time kan naik moto tu siap duduk dalam raga lg hehehe. pakcik tu tak terus hantar kitaorng kat jeti dia turunkan kitaorg kat gerai berdekatan jeti utk sarapan pagi lagipun bot kitaorng lambat lg.
untuk hiking ke wind mill/kincir angin kalau boleh pakai selipar jepun/kasut sport/kasut croc ke dan pakaian sukan sebolehnya pakai seluar la bukan dress. jangan jadi mcm aku hiking pakai seliper wedges 3 inci siap pakai dress lg HAHAHA. act aku tak tahu pun nak ke kincir angin tu kena hiking, ingatkan naik ikut tangga. guide yang bawa kitaorng ke wind mill tu ckp tangga mmg ada tp ada sikit kerosakan so utk keselamatan digalakkan le hiking. perjalanan lebih kurang 30 min utk sampai ke puncak. fuhh letih jangan cakap la sayang oii!!! mmg letih wei tp berbaloi sbb sampai je puncak terus x ingat letih. view jangan cakap la mmg aku terpegun, cantik sgt ciptaan allah.
gerai makan kt kg nelayan harga agak murah kalau nak dibandingkan dgn long beach. long beach harga dia dua kali ganda taww. kat kg nelayan tu ada gerai beger, gerai potato spring, ada gerai2 masakan panas pun ada mmg banyak pilihan. kalau siang hari lepas je mandi laut aku g beli satay ikan, duduk sana ketagih satay ikan je haha. taktipu mmg sedap dgn sos cili manisnye tak mcm kat kl. harga 30sen 1 cucuk, ok la isi pun padat. dua hari berturut aku beli rm5 satay ikan, nampak x ketagih mcm mana? lunch lps snorkeling aku makan roti canai pisang, sedap tak terkata harga murah cuma RM4 j taww sampai skrng duk terbayang lg hehe.
okei hari kedua yang dinantikan telah pun tiba iaitu snorkeliiiing... kat sini aku agak beruntung sbb dapat abg bot yang baik hati, membantu, ajar berenang, tak berkira dgn masa. aku langsung tak pandai berenang hokeyy tp disebabkan bantuan dia tlg tarik aku, aku dpt tgk shark, nemo, coral cantik2. terima kasih maliki, saya akan kenang segala kebaikan awak dan terima kasih sbb tunjuk gerai makan yg best2 hehe. trip snorkeling ni agak seronok sbb awalnya aku cuma pegi berdua je dgn azira tp bila balik boleh dapat ramai kawan baru lebih kurang dlm 12 org haha. kak ina and the geng, zarifah and the geng, abg asyraf dan member korng mmg da best! riuh bot sepanjang snorkeling haha kitaorng ni selagi tak panggil naik bot mmg lupa diri la leka berendam je dlm laut.
ohh tidaaak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ hari yang langsung tak dinantikan telah pun tiba bila kami terpaksa balik dan tinggalkan pulau perhentian. sepanjang naik bot aku tak henti2 pandang jeti sampai la jeti kg nelayan hilang dr penglihatan aku. sampai je jeti kl besut, kami berdua beli ole2 keychain, magnet fridge. kemudian sesudah beli aku dan azira terus amik teksi utk ke stesen bas kl besut. kami amik teksi sbb nak cpt sampai, bas yang dijangka akan bertolak jam 1.30 tgh hari tinggal lg 30 minit je nasib sempat beli tiket sblm bas bergerak. sementara tunggu bas bergerak aku jalan di gerai kawasan stesen bas utk beli keropok lekor nak bagi mak hehe. masa balik pun kami dpt kawan baru lg, nama mmg tak ingat hehehe maaf kak sbb tak ingat nama. orgnya humble dan cantik, geng balik dr perhentian rupanya cuma bkn satu trip dgn kami.
so utk short story perhentian ini saje lah yg mampu aku kongsi kan... next entry aku akan kongsikan barang yang aku bawa dan juga bajet. sayonara 🙋🙋🙋
 |
subhanallah. indahkan ciptaan tuhan? |
 |
itu la maliki abg bot kami. terima kasih wak :) |
 |
sorry gambar tak brp nak jelas. nampak x nemo? hehe |
 |
kak ina and the geng from kedah. weols pnggl diorng geng kedah haha
lelaki sebelah aku tu abg asyraf dan kawannye |
 |
maaf tak ingat ape nama akak ni. trip perhentian jugak, kenal ats bas hehe |
 |
ni la kg nelayan. cantikkan? bye perhentian 😠|
No comments:
Post a Comment