Wednesday, 27 September 2017

PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N

firstly assalamualaikum. sebenarnya aku dah karang entry ni pagi buta semalam around 4 pagi. macam tak kena masa jek aku tulis entry waktu tu hehe orang lain syoq tido aku masih terjaga. niat rajin aku tulis entry ni sebab aku tak boleh moved on dengan pulau perhentian walaupun dah hampir 2 bulan balik dari sana dan aku nak share sikit pengalaman aku sepanjang dekat perhentian utk rujukan korang semua yang tengah membaca entry ni.

okay berbalik pada tujuan utama. aku pegi perhentian 3 hari 2 malam pada 7/8/17 - 9/8/17, pegi by pakej yang aku jumpe kat fb dan pegi berdua jek dengan membe aku mek zigha. jangan lupa baca sampai habis taw sbb aku akan sertakan sekali itinerary, penerangan ringkas, barang yang aku bawa dan bajet $$$ sepanjang aku kt perhentian.

ITINERARY PULAU PERHENTIAN TRIP 3D2N :

6/8/17 AHAD

10.00 pm = TBS - KUALA BESUT (bas sani express)

7/8/17 ISNIN

05.30 am = sampai di stesen bas kuala besut
06.00 am = breakfast kat warung sekitar jeti
08.00 am = standby di jeti kuala besut
08.30 am = bertolak ke kg. nelayan (aku tinggal kat chalet kiara place)
09.15 am = check in (bilik kosong so boleh le check in awal)
                  ***free and easy*** kitaorang mandi pastu qada tido haha
03.00 pm = standby di jeti kg. nelayan naik bot ke long beach sbb nak hiking ke wind mill
06.00 pm = naik bot balik ke kg. nelayan.
09.30 pm = jalan jalan cari makan kt gerai kg. nelayan

8/8/17 SELASA

10.00 am = standby di jeti kg. nelayan (nak g snorkeling huraaaay!)
10.30 am = destinasi pertama patai tiga ruang (water confident level, kalau takut jgn risau sbb abg bot akan bantu korng)
                = turtle point
                = shark point
                = coral garden
02.10 pm = sampai di kg. nelayan, rehat***free and easy***
03.30 pm = sambung snorkeling pantai pasir hancing (sbb light house air tgh deras)
                = romantic beach (last point)
06.00 pm = sampai di kg. nelayan ***free and easy*** (ikut suka la nak balik bilik mandi ke ape ke, aku lepak kt kedai mkn sambil kunyah satay ikan hehe)
09.00 pm = standby di jeti kg. nelayan (nak g long beach tgk fire show, sampai sana fire show takde sbb angin terlalu kuat dan hujan renyai2)

9/8/17 RABU
hari yang tak dinantikan terpaksa jugak balik 😭😭😭

11.00 am = check out
12.00 pm = bertolak balik jeti kuala besut
01.30 pm = KUALA BESUT - TBS (bas perdana express)
11.30 pm = Sampai di TBS

bersambung next entry......... so perhentian here i comeeeeeeee ✈✈✈

tudung purple tu la mek zigha
tiket TBS-KL BESUT RM45 jee. p/s abaikan ejaan nama kitaorng yg salah tu HaHaHa

1 comment:

  1. Hi, nk tnya. How the room condition? Gerai2 sna mcm mne, murah2 n berbaloi x ? Kalau time mlm2 hri pertama tu , tmpt2 lepak tepi pntai ade ke ? How the view ?

    Tngh bercdng nk menginap kt area kmpung nelaya .

    ReplyDelete