hmm... perempuan vs makanan?
secara semulajadinya kehidupan kita sebagai manusia dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. manusia memerlukan makanan untuk meneruskan hidup kerana makanan berfungsi sebagai sumber tenaga. selain dari itu makanan juga diperlukan untuk memenuhi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
haa itu baru bab manusia dan makanan.....
tapi lain pula dengan orang perempuan dan makanan ni. kenapa lain? entah la aku sendiri takde jawapan specific untuk soalan tu HAHAHA. tapi aku sebagai seorang perempuan aku rasa makanan ni mempengaruhi emosi seseorang tau. aku berani cakap macam ni sebab benda ni jadi dekat diri aku sendiri.
contohnya :
1. kadang2 rasa nak menyinga dekat org lain je bila lapar, serba serbi tak kena
2. tak boleh fokus bila nak buat sesuatu kerja rasa pening, tangan berpeluh sbb lapar
3. bila teringin nak makan sesuatu tapi tak dapat, rasa sedih, takde mood dan mcm2 emosi lg muncul
4. sanggup korban kan masa beratur lama2 semata nak dapatkan makanan yg kita teringin tu
5. jangan minta org lain faham diri kau kalau kau sendiri tak faham ape yang kau nak hahaha. kdg2 kau takde mood tapi tak tahu ape punca. tapi bila dapat je makanan terus ceria semacam. haa nombor 5 ni selalu jadi dekat aku lepas tu sendiri akan keluar dialog ni "ohh tadi aku lapar rupanya" hahaha
6. tak habis2 komplen badan gemuk (yang ni bukan aku) haha
dan kebanyakan perempuan yang aku kenal mmg ada ciri2 macam kat atas tu 😂 bagi aku perempuan ni unik. mood boleh berubah ubah tak kira masa. beruntung kaum adam yang dapat jaga perempuan perangai macam kitaorang ni 😜. adios ✋
![]() |
teringin nak makan kek tp oder sampai dua. sebab taknak rasa 1 perisa je nampak tak TAMAK disitu? huhu #letsberisi #hidupuntukmakan |
![]() |
second time oder 3 kek terus. sebab apa? sebab lain2 perisa hahaha #letsberisi #hidupuntumakan |
![]() |
woman vs food #letsberisi #hidupuntukmakan ok baiii |
No comments:
Post a Comment