Thursday, 19 October 2017

Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barokah. harini terdetik nak tulis entry 'kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat' sebab aku sendiri tertanya-tanya apa benefit/kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat/khamis malam jumaat.

al-fatihah buat kedua sahabat aku iaitu classmate kami intake july 2014 diploma sains perubatan semasa kami semua sedang bergembira menunggu hari konvokesyen akan berlangsung tak lama lagi pada november 2017 nanti meninggal dunia. allahu.... 😢 bukan seorang malah dua orang sekali gus dalam masa hampir sebulan. yang pertama kami kehilangan arwah araa/ nur aina nadhirah merupakan housemate, group practical aku semasa di FRIM dulu yang meninggal pada 21 september 2017 di kediaman beliau di terengganu. belum sempat pulih dari kehilangan arwah araa, sekali lagi malam tadi 19/10/2017 kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sahabat kami iaitu ijam/mamat/ nama penuhnya muhamad nur izammudin kerana kemalangan jalan raya. kedua-dua meninggal pada hari khamis hampir memasuki waktu maghrib.

sedang tadi berbalas chat di facebook mengenai keseronoka konvo dengan ustazah yang pernah masuk dan mengajar kami perubatan islam dalam subjek alternative traditional medicine. aku berkata sedih la sebab tak dapat konvo sekali dengan semua kawan-kawan, dalam masa tak sampai sebulan 2 orang sekaligus meninggal. uztazah aku balas bahawa yang dia faham tapi nak buat macam mana kullu nafsin zaiqotul maut. doakan lah yang terbaik, kata ustazah aku dia bersyukur keduanya meninggal sama-sama masih bergelar pelajar dan dapat hari jumaat yang berkah. moga ada pertemuan yang lebih baik dengan mereka yang telah pergi ni di syurga milik Allah amin ya rabb dan kita pun bakal menyusul mereka kata ustazah aku lagi.

persoalan ni timbul bila aku sendiri tertanya-tanya apa kelebihan orang yang meninggal pada khamis malam jumaat dan hari jumaat. ustazah aku jawab masuk waktu asar dan sebelum maghrib itu dikira hari berikutnya bermakna arwah araa dan ijam meninggal pada hari jumaat. ooooo yang ni baru aku tahu selama ni aku tahu tepat je 12.00am dikira hari berikutnya hahaha. 

kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat :

 Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ القَبْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur”. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]
ni salah satu ape yang ustazah aku cakap. selebihnya kalau kau google dan banyak cari maklumat ada banyak lagi kelebihan cuma aku tak berani nak kongsikan kat sini takut tak sahih. bukan semua orang dapat meninggal pada hari yang baik ni dan jika yang meninggal tu masih pelajar is dikira syahid, tapi itu semua bergantung pada amalan mereka masing-masing. pada ustazah aku mereka ni mesti ada amalan hebat semasa mereka hidup sehinggakan dipilih meninggal di hari barakah kata ustazah aku.

hmmm.... kita yang masih hidup ni berdoalah banyak-banyak semoga meninggal didalam keadaan yang baik, hari yang baik. salam solat jumaat buat kaum adam dan assalamualaikum.

Monday, 9 October 2017

Perempuan VS Makanan

hmm... perempuan vs makanan?

secara semulajadinya kehidupan kita sebagai manusia dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. manusia memerlukan makanan untuk meneruskan hidup kerana makanan berfungsi sebagai sumber tenaga. selain dari itu makanan juga diperlukan untuk memenuhi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

haa itu baru bab manusia dan makanan.....

tapi lain pula dengan orang perempuan dan makanan ni. kenapa lain? entah la aku sendiri takde jawapan specific untuk soalan tu HAHAHA. tapi aku sebagai seorang perempuan aku rasa makanan ni mempengaruhi emosi seseorang tau. aku berani cakap macam ni sebab benda ni jadi dekat diri aku sendiri.

contohnya :

1. kadang2 rasa nak menyinga dekat org lain je bila lapar, serba serbi tak kena
2. tak boleh fokus bila nak buat sesuatu kerja rasa pening, tangan berpeluh sbb lapar
3. bila teringin nak makan sesuatu tapi tak dapat, rasa sedih, takde mood dan mcm2 emosi lg muncul
4. sanggup korban kan masa beratur lama2 semata nak dapatkan makanan yg kita teringin tu
5. jangan minta org lain faham diri kau kalau kau sendiri tak faham ape yang kau nak hahaha. kdg2 kau takde mood tapi tak tahu ape punca. tapi bila dapat je makanan terus ceria semacam. haa nombor 5 ni selalu jadi dekat aku lepas tu sendiri akan keluar dialog ni "ohh tadi aku lapar rupanya" hahaha
6. tak habis2 komplen badan gemuk (yang ni bukan aku) haha

dan kebanyakan perempuan yang aku kenal mmg ada ciri2 macam kat atas tu 😂 bagi aku perempuan ni unik. mood boleh berubah ubah tak kira masa. beruntung kaum adam yang dapat jaga perempuan perangai macam kitaorang ni 😜. adios ✋

teringin nak makan kek tp oder sampai dua. sebab taknak rasa 1 perisa je
nampak tak TAMAK disitu? huhu
#letsberisi
#hidupuntukmakan
second time oder 3 kek terus. sebab apa? sebab lain2 perisa hahaha
#letsberisi
#hidupuntumakan
woman vs food
#letsberisi
#hidupuntukmakan
ok baiii

Thursday, 5 October 2017

ROSE MERAH

hi hampa selamat petang, masak ape tu untuk minum petang?... hehe

perasan tak instagram, bio facebook, wechat iols nama rose merah? kenapa rose merah? kenapa bukan rose putih, rose pink, rose kuning ke??? hahaha ok cerita dia bermula dari sini, aku seorang peminat tegar bunga rose. haaa kenapa bunga rose? kenapa bukan bunga matahari ke? eh banyak pulak kau punye kenapa hehe maaf maaf 👿.

aku peminat tegar bunga rose sebab dia ada keunikan yang tersendiri. dah la wangi, cantik tapi bukan senang nak petik sebab dia ada perisai diri sendiri iaitu duri. kena pandai takel, silap petik dan tak kena dengan cara kau akan lukakan jari kau sendiri haa gittew

dan.....

kenapa merah? kenapa bukan pink? eh kenapa lg??? ok maaf maaf i janji takde kenapa lagi dah lepas ni her her her. entah la aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu 😂 bagi aku warna merah ni seksi tau. asal aku nampak kereta warna merah lalu je mesti akan terjerit "waaaa seksinya baby red tu" contohnya kerete audi atau volkswagen, boleh imagine tak betapa seksinya warna merah kete tu? merah diorang pehh mengancam lain dari yang lain taw.

walaupun aku peminat tegar bunga rose, warna merah tak bermakna aku jadikan diorang sebagai 'best friend forever' tengok lah baju pun warna warni, boleh kira pakai jari berapa banyak baju warna merah aku hahaha ada la dalam 3 ke 4 helai.

minat tak semestinya memiliki... eh kesitu pulak

nah bawah ni aku belanje gambar gambar warna merah yang aku culik dari gugel. sayonaraaaa

mengancamkan?
hehe 💖